kongsi idea. Powered by Blogger.

post baru

Labels

Followers

Total Pageviews

Sunday, July 24, 2011

Cerita Taktik Lelaki Mainkan Wanita( pengalaman seseorang )

renungkanlah cerita ini..terutama kaum wanita...cerita ini just untuk sedarkan..mgkin ceruta ini seolah2 pengalaman yang anda pernah lalui...


nama aku erni(bukan nama sebenar)..

            pada suatu hari...aku menerima satu misscall dari no yang tidak dikenali..dan aku pun menelefon kembali no tersebut...dan panggilan itu dijawadkan oleh seseorg mamat mana tah...aku menanyakan siapa dia dan dia menyatakan bahawa dia ingin berkenalan dengan ku...pada mulanya aku tidak mengendah kan perkara tersebut...

          Dan pada suatu masa dalam kebosanan aku pun sms lah mamat 2..mulalah  berkenalan itu ini..Dia pandai ambil hati aku...Dia sring membuat aku ketawa..Selepas sebulan aku berkenalan dengan mamat 2 dan mamat 2 meminta couple dengan aku...aku bingung...Setelah aku mempertimbangkan dan aku menilai dirinya..aku pun memerima dia penjadi kekasih aku...kami bahgia sekali...boleh dikatakan setiap malam kami sms..setiap minggu kami keluar date...

        Pada suatu malam dia sms aku..pada mulanya sms seperti biasalah..tanya dah makan ke belom...wat ape..itu ini...dan tiba-tiba dia meminta kepada ku sesuatu...dia meminta kepada aku untuk memcium ku...aku mula terkejut...dan dia menyatakan sekadar kiss pipi jerrr..aku pun tak kisah sgt la...

        Suatu hari itu aku dan dia pun keluar date..Dalam date itu dia mencium ku...perasaan aku waktu itu amat gembira..rasa seolah-olah amat disayangi oleh dia...aku amat mencintai dirinya..aku berjanjia akan diri aku bahawa aku akan jaga hati dia walau apa pun..Dalam date itu dia mengajak aku pergi menonto wayang...aku follow je..Sedang tengok wayang itu...berkali-kali dia mencium pipi aku...Sehingga kadang-kadabg itu tercium juga bibir ku...Dan sampai ketahap aku tak dapat untuk mengawalnya..Kami terus bercumbu..Secara tiba-tiba tangan dia menjalar kebadan aku...Tangan dia kini menyentuh buah dadaku..Aku terdiam kaku dan aku membiarkan dia lakukan semua itu...aku mengaku aku sedang ghairah waktu itu...Tak lama kemudian kami pun pulang...

       Pada malam itu.kami macam biasa sms mcm selalu...dan malam itu topik dia pasal dalam wayang tadi...aku naik malu bila topik itu dikemukakan..tapi aku layan jer...Mula saat itu kami sering sms bertopikkan luncah..Sering juga dia mengajak aku untulk melakukan hubungan sex...namun aku sering memberi alasan...Dan suatu hari dia menyatakan bahawa dia amat syangkan diri ku,,dia amat menyintai diri ku...dia berjanji akan jaga aku sampai akhir hayat nya...Dan dia akan bertanggung jawab segala apa yang terjadi...aku sungguh terharu akan kata-katanya...

     Seminggu kini berlalu...Dia seperti biasa akan mengambil aku dihadapan rumah untuk pergi keluar date..aku tanyakan kat dia nk pergi mana..dia kata pergi jalan-jalan..tetapi sebelum ini kami dah plan yang kami nak buat sex hari ni...Dan dia bawa aku pergi kerumahnya kerana rumahnya tiada sesiapa...Aku lakukan semua ini kerana aku sayang,cintkan dia..Dia juga berjanji akan bertanggungjawab sekiranya aku mengandung..Setelah sampai di rumah dia kami terus masuk ke dalam bilik dia dan lakukan apa yang dirang...

     Selepas kejadian semua itu..kami sering melalukan hubungan sex..Dia kini dah dapat semua dari aku..tetapi selepas hari itu perangai dia jauh berubah...dia seolah-olah abaikan aku...Yang dia tahu inginkan tubuh aku...Aku asyik kena layan nafsu dia...seuatu hari..dia meminta putus dari aku dengan alasan kami  tak serasi...dan dia tinggalkan aku macam itu sahaja selepas dia dapat mahkota aku...Tak guna pnya jantan...itu je yang mampu katakan..tetapi nasi dah jadi bubur.....aku hilang segalanya sebab cinta...

KESIMPULAN
Jaga maruah diri..usah gadai maruah yang tak bolah dibeli sebab cinta..Lelaki yang inginkan sesoarng itu menjadi teman hidup dia..dia akan hormat teman wanitanya...Dia tidak akan meminta lebih daripada cinta temannya....

diolah ole: persepsi remaja.
Read More

Saturday, July 9, 2011

Kisah Wanita Hampir Dirogol(keagungan ayat kursi)

Sebuah kisah benar menarik yang ingin saya kongsikan bersama pembaca. Semoga sedikit sebanyak dapat di ambil ikhtibar dan pengajaran…

Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Maklum hari sudah lewat. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan bersaorangan. Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari. Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Mengapa kamu tidak melakukan apa-apa terhadap saya pada malam tersebut sedangkan kamu tahu saya sedang berjalan bersendirian?)

Perogol tu jawab:
“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tidak, kamu tidak bersendirian. Malam itu saya nampak dua lelaki muda berjalan bersama kamu. Seorang di sebelah kanan dan seorang lagi di sebelah kiri kamu. Jika bersendirian sudah tentu kamu akan menjadi mangsa saya.)

Saudari ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

MORAL CERITA INI:
Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dan memang Muslimah yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. (Kalau aurat terbuka malaikat pun malas dekat). Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab…selalulah amalkannya. Bayangkan anda seorang yang selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, sambil lewa beribadat. Dapatkah anda mendapat pertolongan sebegini dari Allah? Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di akhirat kelak memang pasti kerana itu janji Allah. Jadi, renungkanlah di mana level ‘iman’ kita sekarang ini. Wassalam.

Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.] Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan saya.semoga anda semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat.sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam…….

Read More
klik la bawah ni.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...