kongsi idea. Powered by Blogger.

post baru

Labels

Followers

Total Pageviews

Saturday, August 20, 2011

5 Kebaikan dan Keburukan Memilih Single


Sudah pasti ada kelebihan dan kekurangan sekiranya anda memilih kehidupan untuk single. Artikel kali ini saya nak kongsikan sedikit kebaikan dan keburukan memlihin kehidupan single..Kejar cita-cita bukan kejar cinta...

KEBAIKAN
(1) Kewangan- Dari segi soal kewangan, sudah pasti kehidupan single adalah lebih menjimatkan. Ini kerana anda hanya perlu memperuntukkan wang hanya untuk diri anda sahaja. Apabila anda memilih untuk berpasangan, pasti akan lebih banyak wang yang perlu dibelanjakan.
(2) Kawan- Apabila anda single, anda sebenarnya bebas dalam untuk berkawan. Ini kerana tiada mana-mana perasaan lain yang akan cemburu sekiranya anda berkawan terutamanya apabila berlainan jantina. Ia pasti akan berbeza sekiranya anda sudah mempunyai pasangan. Pasti pergaulan anda akan sedikit terbatas.
Read More

wahai Sang Hati


Duhai hati...
Mengapa perlu engkau bersedih?
Mengapa perlu engkau tangisi sesuatu yang sudah bukan lagi milikmu?
Mengapa engkau selalu memikirkan tentang sesuatu yang bukan merupakan hal ehwal urusanmu?
Mengapa engkau selalu mahu menyalahi takdir?
Mengapa engkau selalu sukar menerima hakikat realiti?
Mengapa engkau sukar mengerti dan memahami apa yang sedang berlaku?
Read More

Tuesday, August 16, 2011

Pantun Maksiat

Bermula dgn sekadar mengurat
Lalu bertemu di satu tempat
Maka tangan pun mula melorat
Lawan peluk tak kurang hebat

Bila peluk sama rapat
Nafas pun tersekat-sekat
Baju sendat turut terangkat
Gunung berluruh turut d’pnjat

Read More

Monday, August 15, 2011

21 Petua Mencantikkan Wajah


Caranya adalah seperti berikut:
1. MENGHILANGKAN PARUT JERAWAT
Mula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. Insyaallah petua ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.
2. MENGHILANGKAN TAHI LALAT
Asalammualaikum, Caranya ialah ambil nenas dan limau purut yang telah dikisar , sapukan di tempat tumbuhnya tahi lalat tersebut. Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga ia jatuh sendiri. Amalkannya selalu, Insyaallah akan mendapat hasilnya segera. Saya pun sedang mengamalkannya sekarang. Selamat mencuba!!
Read More

Kelebihan Ayat Bismillah


Lafaz: Bismillahirrahmanirrahiim
Diantara rahsia khasiatnya:
Dibacakan Bismillah pada telinga orang yang pengsan sebanyak 41 kali,
insya’allah akan sedar dan kembali siuman.
Supaya cepat hajatnya dikabulkan Allah,
bacalah Bismillah dengan menghadap kiblat sehingga matahari terbenam
selepas solat asar dalam keadaan bersih, suci dari hadas dan najis.
Kemudian, mohonlah pada Allah hajatnya.
Insya’allah segera dikabulkan Allah dengan kemurahan sifat Rahman dan Rahim-Nya.
Read More

Sunday, August 14, 2011

Janji Seorang Wanita..( Boleh caye ke?? )

        Hari ini banyak artikel menyatakan bahawa perempuan itu setia,jujur dan dia seorang yang akan terus terang sekiranya ada tersalah apa - apa berbanding leeaki..Memang aku tak nafi kan semua tu..Adakah semua itu benar??ahhh!!!memang aku xcaya la..

        Untuk dijadikan cerita..Ianya bermula macam nie..

        Seorang perempuan pernah katakan bahawa dia sayang,cinta akan lelaki tersebut..Walaupun dorang pernah terpisah lama sehingga bertahun - tahun dan akhirnya bertemu semula..Katanya memang tak pernah ada lelaki lain didalam hatinya kecuali lelaki tersebut..Dan dia pernah berjanji bahawa dia akan tunggu lelaki tersebut tak kira apa pun jadi...Tetapi semasa dalam perhubungan itu biasa la kan..sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula sepasang kekasih...Mesti ada gaduh punya..Tapi gaduh itu berakhir dengan perpisahan..Tak sampai pun lagi seminggu wanita tu tak berhubungan dengan lelaki 2 tengok dah ada pengganti..Dan tak lama lepas itu mereka akan bertunang..Bagaimanakan perasaan lelaki itu..Memang sakit hati la..Selepas semua janji,kata - kata ditaburkan akhirnya itu kesudahan..Mana janji- janji,kata - kata sayang,cinta wanita itu???Sedanglelaki tersebut tak pernah untuk cari lain sepanjang mereka gaduh..Adakah ini yang dikatakan wanita itu setia??

         Kesimpulannya..Ramai orang membuat mempertikaikan kesetian lelaki..Tiada pula yang mempertikaikan kasetian wanita..Sedangkan perempuan dan lelaki sama sahaja..Manis dimulut didalam hati hampehhh!!Hanya pandai taburi janji tetapi tak pernah tunaikan segala janji... 
   
        Dari pandangan aku..Lebih baik kita jangan pernah untuk ambil hati orang dengan cara menaburi janji - janji manis yang tak biasa kita tunaikan..Dan jangan pernah bagi harapan kat seseorang....

Diolah oleh : Empunya Blog
Read More

Kartun Avatar Adaptasi Dari Cerita Khilafah Kita?


"Air, Api, Tanah, dan Udara, dahulu keempat negara hidup dengan damai, namun semuanya berubah saat negara api menyerang. Hanya Avatar yang mampu mengendalikan keempat elemen yang dapat menghentikannya. Namun saat dunia membutuhkannya dia menghilang.
Beratus tahun kemudian aku dan abangku menemukan seorang avatar muda yang baru. Seorang pengendali udara bernama Aang. Walaupun ilmu pengedalian udaranya sangat bagus, namun dia masih memerlukan banyak waktu untuk menguasai semuanya, Tapi aku yakin, Aang dapat menyelamatkan dunia".
       Hmmm... Sahabat sekalian, kamu semua tentu sudah tidak asing dengan cerita di atas tadi. Masih ingat tak? Pasti ingat punya, yang pasti itu bukan cerita nenek kebayan. Kalau ada yang meneka, "Itu cerita Avatar the Last Air Bender Legendatau Avatar si Pengendali Udara!" Itu betul sekali, tahniah di atas ketepatan tekaan anda.
Read More

Saturday, August 13, 2011

Mencari Keberkatan Berwuduk

bacalah....moga - moga mendapat sedikit sebanyak keberkatan berwuduk


1.. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2.. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak. Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3.. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

4.. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

5.. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Mahsyar dengan Arasy Mu".

6.. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7.. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8.. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".

Read More

Siapakah Sebenarnya Dajjal??



                 Al Masih Dajjal maksudnya menyesatkan. Ketika dunia hampir dengan kiamat yang datang nanti adalah Dajjal yang menyesatkan manusia ataupun mengkafirkannya. Dajjal banyak menipu manusia dan yang paling teruk sekali dia mendakwa dirinya sebagai Tuhan yang menciptakan alam ini. Setelah beberapa tahun lamanya Dajjal hidup di dunia dan manusia sudah hampir semuanya menjadi kafir, barulah Nabi Isa as. diperintahkan turun ke dunia untuk membunuh Dajjal itu. Dajjal memang banyak membawa fitnah dan keburukan, sesuai dengan sabda Rasulullah SAW maksudnya: “Tidak ada fitnah (bencana) yang paling buruk semenjak Nabi Adam sampai hari kiamat, selain daripada fitnah yang dibawa al masih Dajjal”. (Riwayat Hakim) Mengenai asal Dajjal ini para ulama berbeza pendapat.
Read More

Friday, August 12, 2011

KIsah Cinta Aku Dan Dia ( cerpen )

                 Pertemuan kami memang tak diduga.Hanyalah Di sebuah gerai makan maka bermula satu kisah cinta antara aku dan si dia..Waktu itu aku masih ingat lagi si dia dinner bersama family dan aku dinner barsama rakan - rakan aku.Aku tak tahu pun ketika itu dia sedang memandang aku.Entah macam mana aku dengan dia boleh berhubung dalam melalui sms.walaupun ketika itu usia aku barulah form 2 sama juga dengan si dia.

        
              Bak kata orang kan cinta itu buta.Dari sms kami mula berkenalan dan hubungan kami semakin mesra walau pun pada usia yang sangat mentah tapi entah macam mana kami boleh pulak menjadi sepasang kekasih..haha..( tak senonoh betul )..Ahh!!! tak kisah lah..cinta itu buta kan..
Read More

Thursday, August 11, 2011

Kelebihan dan Kebaikan Seks

Bila Anda enggan melakukan hubungan seks kerana sedang sakit kepala, maka segeralah mencari alasan lain yang lebih masuk akal. Perlu diketahui bahawa melakukan hubungan seks itu justru boleh menghilangkan sakit kepala.

Tidak percaya? Mari semak beberapa penjelasan ilmiah di bawah ini. Mari kita berbicara sedikit ilmiah bagaimana Seks boleh menghilangkan sakit kepala.

Tidak percaya? Mari semak beberapa penjelasan ilmiah di bawah ini. Mari kita berbicara sedikit ilmiah bagaimana Seks boleh menghilangkan sakit kepala.

Sesaat setelah orgasme, otak akan memerintahkan tubuh untuk mengeluarkan hormon pembunuh rasa sakit. Hormon itu adalah hormon yang bekerja dan memiliki efek seperti morfin. Secara awam mungkin boleh diartikan bahwa semakin banyak orgasme, maka semakin banyak "obat sakit kepala" yang dikeluarkan.

Hubungan seks juga boleh membuat Anda lebih peka. Daya cium Anda akan meningkat seiring frekuensi hubungan seks. Perlu diketahui bahwa saraf-saraf penciuman dalam hidung, akan dipacu bekerja ganda ketika anda sedang bergairah. Hal ini terjadi kerana aliran darah menuju ke hidung meningkat.

Bukan rahsia lagi apabila melakukan hubungan seks secara rutin terbukti dapat meningkatkan kualitas kesehatan Anda. Dalam Secret of the Superyoung, penulis yang juga Ahli Saraf di Royal Edinburgh Hospital,David Weeks,mengatakan bahwa melakukan hubungan seks dalam porsi cukup boleh membuat anda tampil 10 tahun lebih muda.

Oh ya, seks juga mujarab sebagai ubat stres. Bila merasa tegang, maka seks boleh membantu Anda menjadi lebih rileks dan mengurangi beban akibat rutin kerja seharian. Selama melakukan hubungan seks, tubuh akan mengeluarkan endorphin, yakni hormon yang boleh menciptakan perasaan enak dalam otak.

Perlu diketahui pula, berdasarkan sebuah penelitian, melakukan seks secara teratur ternyata boleh meningkatkan sistem kekebalan tubuh sampai 30%.

Hubungan seks menghasilkan hormon melatonin, yang baik untuk melawan bakteria dalam darah, menghindari efek-efek penuaan dan memberi efek mengantuk. Dengan demikian, Anda boleh terhindar dari penyakit flu dan masuk angin tanpa harus tergantung pada obat dan jamu-jamuan.

Dengan takdir Tuhan, Anda boleh panjang umur berkat hubungan seks. 

Percaya atau tidak, setelah melakukan study lebih dari 10 tahun di negara bagian Welsh, Inggris, Profesor dari Bristol University , Shah Ebrahim mengatakan bahwa seks dapat mengurangi risiko terkena serangan jantung atau stroke.

Menurut Embarhim, melakukan hubungan seks itu lebih sehat daripada jogging.

Dengan melakukan seks sebanyak tiga kali seminggu, berarti Anda memperoleh ekstra pembakaran kalori hingga 8000 kalori per tahun. Bila tubuh melakukan pembakaran kalori yang mendekati sempurna ini, Anda akan merasa lebih sehat dan bahagia.

Mungkin Anda belum mengetahui bahwa setiap 100 kali orgasme, berarti anda terhindar dari kematian premature hingga 36% kerana darah boleh menembus daerah-daerah "mati" ketika malakukan seks, sehingga daerah-daerah itu boleh diperbarui. Dengan melakukan hubungan seks, berarti Anda merangsang regenerasi sel-sel dalam tubuh Anda sendiri.

Namun yang paling utama dan penting dari itu semua adalah, semakin sering melakukan hubungan seks, maka Anda akan semakin romantis. Hormon oxytocin yang dikeluarkan setiap kali orgasme, boleh meningkatkan daya romantisme, seperti selalu ingin memeluk dan mencium, atau sebaliknya.

Dengan demikian, hubungan cinta Anda boleh dikatakan relatif aman damai.



Diolah oleh : empunya blog
Read More

2 cara Untuk Menguruskan Badan


Seorang mamat yang gemuk masuk ke fitness center utk menguruskan badan.. seorg lelaki di kaunter bertanya kepada mamat tadi,”kami menawarkan 2 program disini… RM50 utk versi 'biasa' dan RM100 utk versi 'cepat'.”
mamat tu pon berkata, “saya ingat yang biasa lah sbb saya ni baru nak try kuruskan badan.”
” ok, encik sila masuk ke bilik no.5 di penjuru bilik sana,” jawab penjaga kaunter.
mamat tadi pon masuk la ke bilik itu dan menutupnya. selang 2 minit kemudian, seorang wanita cantik, lawa, body best, mantap masuk ke dalam bilik itu. dia kemudian menanggalkan pakaiannya sehingga menyebabkan mamat tu tak senang duduk,berpeluh.
perempuan tadi berkata, “kalu tuan dapat tangkap saya, tuan boleh buat apa saja dgn saya… hikhikhikk” dan dia terus berlari dalam bilik itu. mamat tadi pun kejar la.. kejar punya kejar samapai 10 minit pon tak dapat lagi. tapi mamat tu kejar lagi sampai terjatuh terjelepok lalu pengsan.

apabila dia sedar, dia bangun dan terus ke penimbang dan mendapati beratnya dah turun 3 kg. ” wow.. mmg senang nk turun berat bdn,.. memang berbaloi aku bayar RM50 td” katanya seorang diri.
keesokkan harinya dia datang semula ke tmpt tersebut. dia ditegur oleh pemuda di kaunter. setelah diberi penerangan seperti semalam.. mamat tadi memilih utk mencuba versi 'cepat' pula.
“baiklah, encik masuk bilik no. 6 di situ ya..”kata penjaga kaunter.
setelah beberapa minit didalam bilik itu, datangla seorang body builder yang badannya tough dan terus melondehkan pakainnya. body builder itu berkata “saya akan kejar kamu dalam bilik ini, dan kalu saya dapat … … hehhehheee
Dipetik Daripada : Gempak.org
Diolah oleh : empunya Blog
Read More

Wednesday, August 10, 2011

OPTICAL ILLUSION ( ilusi optik )


Apa itu Ilusi Optik?
Ilusi Optik juga dikategorikan sebagai Ilusi Visual iaitu imej yg kelihatan berbeza dari objektif realiti.
Maklumat yg dilihat oleh mata kita diproses oleh otak yg kemudiannya memberi persepsi yg tidak sama dengan pengukuran fizikal yg menjadi sumber stimulus.


kat bawah ni adalah contoh-contoh imej yg berkaitan dengan Ilusi Optik...
Cuba renungkan gambar-gambar ini satu persatu..OKe..


 Bulatan oren mana yg lebih besar???
jawapan nya.... bulatan itu sama besar sahaja,,,









 Goyang kan kepala anda,,, anda akan lihat backgroundnya seolah-olah bergerak,,, 







walaupun ia hanya sekadar lukisan,, tapi kita akan nampak ianya seperti bergerak-gerak...
Untuk membuktikan gambar ini tidak bergerak anda boleh ambil tangan anda dan tutupkan sedikit pada gambar..
Selamat Mencuba..

Diolah Oleh : Empunya Blog
Read More

Spesifikasi Rambut


RAMBUT LURUS
Bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,
dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa
 pertolongan..


RAMBUT IKAL MAYANG
Bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu,
berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah
 memaaf kan seseorang dengan  kesalahannya.
RAMBUT KERINTING NEGRO
Bijak, ego, cemburu buta, romantik, memilih
 dan mudah marah bila susah hendak selesaikan masalah


RAMBUT KERINTING TEBAL
Kurang bijak, degil, cemburu kuat,
romantic,banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan
 masalah diri, tidak suka termenung

 RAMBUT SIKIT
bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang,
ego dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.
 RAMBUT HALUS/LEMBUT
bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas
dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.

 RAMBUT PERANG
kurang bijak, berfikiran terbuka,
 pemaaf, sosial dan bijak lari dari masalah.


RAMBUT KUSUT
sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak
pergaulan, garang, susah untuk memaafkan seseorang,
 dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan
 .


RAMBUT BERUBAN
Kurang bijak, suka termenung, sosial sikit,
berfikiran terbuka dan pandai selesaikan masalah diri


BOTAK
                                                                                                                                                                                                   Macam mana nak kate ye....
mungkin terlalu baykk berfikir atau stress atau mengalami 
 keguguran rambut secara genetik...kesian




     RAMBUT WARNA KEMERAH-MERAHAN
         Itu kan rambutan,atauu rambut orang utan..
         Tak pun,rumah dia air karat...hah hah..
  just kidding



Diputik daripada : Blog kiter2 je
Diolah OLeh : Empunya Blog
Read More

Friday, August 5, 2011

Dosa 24 jam Berfacebook ( Renungkanlah )






             Pernahkah kita terfikir dalam kita berfacebook,kita telah membuat banyak dosa tanpa kita sedar mahupun dalam keadaan sedar.
Ada dikalangan kita memdapat dosa setiap masa.Persoalannya dari mana datang dosa semua ini??
Ramai dikalangan kita tanpa rasa malu mendedahkan perkara - perkara yang bagi mereka membanggakan mereka tetapi mereka tidak sedar mereka telah melakukan dosa..

         Adakah anda tahu lelaki yang melihat aurat wanita dengan sengaja akan berdosa.Manakal wanita yang mendedahkan auratnya dengan sengaja pula akan menaggung 2 kali ganda dosa daripada dosa yang melihat..

MARI LIHAT KLIP INI UNTUK MEMBUKTIKAN SEMUA INI............



     Dari video ini mungkin dapat menyedarkan anda..so...apakah tindakan anda..Adakah anda ingin terus dibelenggu dosa yang tidak sepatutnya...Fikirkanlah...

Dioalah Oleh : Empunya Blog
Read More
klik la bawah ni.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...