kongsi idea. Powered by Blogger.

post baru

Labels

Followers

Total Pageviews

Friday, August 12, 2011

KIsah Cinta Aku Dan Dia ( cerpen )

                 Pertemuan kami memang tak diduga.Hanyalah Di sebuah gerai makan maka bermula satu kisah cinta antara aku dan si dia..Waktu itu aku masih ingat lagi si dia dinner bersama family dan aku dinner barsama rakan - rakan aku.Aku tak tahu pun ketika itu dia sedang memandang aku.Entah macam mana aku dengan dia boleh berhubung dalam melalui sms.walaupun ketika itu usia aku barulah form 2 sama juga dengan si dia.

        
              Bak kata orang kan cinta itu buta.Dari sms kami mula berkenalan dan hubungan kami semakin mesra walau pun pada usia yang sangat mentah tapi entah macam mana kami boleh pulak menjadi sepasang kekasih..haha..( tak senonoh betul )..Ahh!!! tak kisah lah..cinta itu buta kan..

             Dan bermula kisah percintaan aku dengan si dia.Boleh dikatakan setiap minggu pasti kami akan bertemu dan boleh dikatakan setiap hari pun ada..maklum lah sekolah dia dengan sekolah aku jiran jer..Tapi waktu itu aku memang tak kenal pun erti cinta sebenar..maklum la form 2 kan..Aku lebih banyak habiskan masa aku dengan member - member aku ( budak baru nak up ).Kehidupan aku memang sosial pada waktu itu.Memang hancurlah hidup aku.Tapi kenapalah dia boleh terima aku walaupun dia tahu perangai aku teruk sangat time tu..

           Tidak lama lepas itu.Entah macam mana aku banyak dengar cerita bukan - bukan pasal 
si dia(cerita tak baik ).Dan waktu itu memang perasaan sayang tu mula berubah.Aku memang tak mengendahkan si dia waktu tu..aku buat hal aku jer..Tak lama lepas tu aku lost contact dengan si dia.Tiada khabar berita dan tak ada sms langsung.Apa jadi dekat si dia entah la.Entah mati ke hidup aku pun tak tahu.Au hanyalah dengan dunia bodoh aku.

          Suatu hari sewaktu aku dalam bas sekolah aku menerima surat dari si dia yang bertanyakan adakah aku masih sayangkan dia,adakah aku masih mahu teruskan hubungan ini.Memang waktu itu aku tak pikir dan aku ternampak si dia kat belakang bas lantas aku terus mengangkat tangan kanan aku nk tunjuk isyarat tangan yang berbunyi "FUCK"..Aku pun tak tahu apa motif aku buat macam tu..mungkin aku benci kan si dia waktu tu disebabkan cerita - cerita yang aku dengar tentang diri dia.

          Selepas pada hari itu.Dia memang tak ada khabar berita langsung.Jumpa pun tak pernah dah.Hanyalah sekadar dengar berita dari mulut orang..Pada suatu hari, aku mendapat berita bahawa dia masuk hospital disebabkan si dia toreh tangan dia sendiri dan si dia dimasukkan di wad akibat kehilangan banyak darah..Namum aku buat tak tahu je.Walaupun dia buat semua itu berpunca dari aku..Kejam kan aku,macam orang yang tak ada perasaan langsung.

         Setelah sekian bertahun - tahun tak berjumpa.Pada suatu hari ketika aku bersama seorang kawan aku pergi membeli barang.Alangkah terkejutnya aku  apabila aku terjumpa si dia disebuah kedai kasut.Lantas aku pun sempat juga sembang dengan si dia walaupun sekejap.Waktu itu aku nampak si dia pun turut dalam keadaan seolah - olah orang ternampak hantu..( tergamam )..Dan selepas hari itu memang kami tak pernah berhubung dan berjumpa sekali pun..


        Sesekali terlintas juga kat fikiran aku..Banyak salah aku kat dia..Aku harus meminta maaf dekat si dia tetapi aku tak berjaya untuk mencari dimana si dia berada pada waktu itu..Walaupun aku tahu bahawa si dia sekarang cople dengan kawan aku sendri..Tetapi aku tak nak lah tanya pasal si dia dekat kawan aku.Sampailah suatu hari aku ternampak pic si dia di laman facebook..Lantas aku terus add si dia..Alhamdulillah dia app aku..Aku mengambil kesempatan untuk terus meminta maaf kat si dia..Nasib lah baik si dia maafkan aku dan tak pernah berdendam dengan aku..


         Kami pun menjadi kawan seperti beberapa tahun yang lepas..Pada waktu itu banyak aku habiskan masa aku dengan W.C( wed cam ) bersama si dia..Boleh dikatakan setiap malam aku akan W.C dengan si dia..Boleh kata teman tapi mesra la waktu itu..Waktu itu aku lah tempat si dia mengadu,selalu si dia menangis waktu itu..Sering   si dia telefon aku dalam keadaan menangis..Tak apelah..Aku sudi dengar semua luahan hati  dia.Aku kan ex dia..Walaupun ketika itu aku dan si dia tinggal berjauhan tetapi aku rasakan aku dekat sangat dengan si dia..




        Sekian lama terpisah akhirnya bertemu semula..Bibik - bibik ini bermula ketika si dia mengajak aku date..First date kami berjumpa di kfc..haha..Waktu itu memang beza sangat..5 tahun tak berjumpa.Alangkah tersenyum lebarnya aku waktu itu..kadang lucu juga waktu itu..Aku dengan pragai aku juga..Suka mengusik orang..Walaupun itu first date tetapi si dia merajuk juga dengan aku..Kenapa si dia merajuk??aku pun tak pasti..


       Hubungan kami kian semakin mesra.Walaupun masing - masing dimilki orang..Tetapi entah,aku lebih senang bila dengan si dia berbanding awek aku ketika itu..Si dia sering buat aku tersenyum,sering ada dengan aku tak kira masa..Sampailah satu masa aku putus dengan awek aku ( awek ada orang lain,duduk jauh jadi macam tu lah ).Apa nak buat..terima jelah.


      Hari kian berlalu,.cerita semakin menjadi.Suatu malam entah macam mana..Aku boleh terjiwang-jiwang la plak..Boleh plak aku luahkan perasaan aku kat si dia.Aku terkejut apabila si dia mengatakan bahawa si dia tak pernah hilang perasaan sayang dia terhadap aku ( first love dia ).Terharu sangat aku dengar semua tu..Tetapi aku bukan perampas dan aku tak suka hancurkan hubungan orang..Walaupun sering dia mengadu kat aku tentang perangai balak dia,namun aku tetap backup balak dia..Tetapi hubungan mereka tak lama juga..Akhirnya hancur juga..Kesian  si dia aku tengok..Menangis- nangis si dia waktu tu..


        Entah macam mana..Cintaku berputik kembali..Aku dengan si dia boleh Couple balik..Bahgia sangat waktu itu..Walaupun sekian lama tak berhubung tetapi bila jumpa kembali dan boleh kembali bersatu semula..haha..mungkin ini lah jodoh..


        Hari melangkah hari,minggu melangkah minggu,bulan dan berbulan kami menjadi sepasang kekasih tetapi kali ini bukan lagi cinta monyet..Aku menganggap aku serius dengan si dia untuk  kali ini..Bukan lagi seperti dulu..Aku kini pun telah dewasa dan memiliki fikiran yang jauh lebih matang dari tahun yang dulu..


           Tetapi hubungan aku dan si dia semakin lama semakin dingin..Aku semakin dihantui dengan sejarah hidup dirinya..  Semakin lama semakin hilang rasa hormat keatas dirinya..Aku banyak main cakap lepas je..Hati si dia langsung aku tak pernah jaga..Langsung aku tak ambil peduli akan dirinya..Walaupun si dia masuk hospital aku tetap dengan ego aku..Langsung tak pernah nak kisah..Tetapi si dia tetap tak pernah untuk ambil hati akan apa yang pernah aku buat..Si dia terus bersabar..Aku pun tak tahu macam mana si dia boleh bersabar lagi dengan perangai aku..Namun disebabkan ego aku, kami bergaduh dan akhirnya hubungan kami tak sampai ke mana tersangkut ditengah jalan..




          Dan hari ini,Masing - masing membawa diri sendiri.Walaupun berat hati aku nak jauh dengan dirinya..Aku terpaksa terima segalanya kerana semua berpunca dari aku..Sedih hati aku bila dengar si dia akan bertunang tak lama lagi..Jujur aku kata yang aku tak sanggup melihat si dia dengan orang lain..


      Apa boleh buat,masa tak dapat diundur kembali.semuanya dah berakhir..Aku doakan si dia bahagia bersama pilihannya..Walaupun dalam tempoh kami berpisah aku tak pernah untuk cari pengganti..aku masih tunggu si dia..Semua sudah terlambat..Aku hanya mampu melihat dan pendam rasa sedih didalam hati..


     Walaupun aku tak pernah tunjukkan yang aku gelisah,aku rindu akan dia..Aku juga manusia biasa punya hati,punya perasaan..Aku risau bila si dia jauh dengan aku..Aku rindu untuk melihat gelak ketawa si dia,senyuman si dia,gelagat si dia,bibir kecil si dia dan aku rindu untuk bersekemuka dengan si dia seperti sebelum ini..Aku berharap sangat si dia akan kembali kepada aku..




    Aku tahu si dia benci akan diri aku dan aku malu untuk jumpa dirinya..Apa yang pernah aku buat dekat si dia aku mohon maaf sangat - sangat..Semuanya terjadi dalam masa yang sangat singkat..Mungkin si dia bukan milikku,bukan jodoh aku.


Cerita ini dipetik dari sebuah cerpen cinta dah telah diringkaskan....





Gratisan Musik


Diolah oleh : empunya blog

0 comments

Post a Comment

klik la bawah ni.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...