kongsi idea. Powered by Blogger.

post baru

Labels

Followers

Total Pageviews

Friday, September 23, 2011

Seni Rundingan Berpengaruh Gaya Trump

Urusan berbincang dan berunding adalah asam garam dalam perniagaan. Dengan pengalaman lebih empat nekad Donald
Trump masak dengan tawar-menawar, sepak-terajang dan putar-belit rundingan bisnes. Rundingan bisnes nampak sukar. Namun tanpa disedari kita terlibat dalam aktiviti merunding dan memujuk sejak kita keluar daripada kantung perut ibu.


Sebelum mengusai teknik memujuk, mari kita kaji matlamat kita memujuk terlebih dahulu. George Ross dalam bukunya, Trump-Style Negotiation: Powerful Strategies and Tactics for Mastering Every
Deal menyebut tiga matlamat terpenting berunding:


1. Membina kepercayaan. Semua perkara boleh dirundingkan apabila kita saling percaya mempercayai antara satu sama lain.
2. Mewujudkan rapport dan kemesraan. Rapport menjadi nada bagi memastikan hubungan
antara dua pihak yang berunding sehingga berjaya.
3. Mencetus kepuasan hati. Tujuan berunding adalah supaya kedua-dua belah pihak mendapat
sesuatu yang mereka inginkan.


Namun pada firasat penulis, syarat asas menjadi juru runding berpengaruh adalah kompetensi
dan kebolehan diri. Justeru sebelum berunding, kemaskinikan resume atau senarai pengalaman
peribadi kita. Tunjukkan hasil kerja terbaik. Hinggakan jika hasil kerja kita boleh berkata-kata, ia
berbangga mengaku bahawa ia dihasilkan oleh seorang yang hebat.



Selain itu, kata George Ross, “Mewujudkan atmosfera
yang membawa kepada perhubungan harmoni adalah lebih penting daripada memenangi hati
seseorang, dalam keadaan dia terpaksa memberikan sesuatu.”


Jadi bagi mencapai maksud itu Trump melakukan tiga perkara berikut sebelum sebarang aktiviti berunding dilakukan:


• Mewujudkan persekitaran yang membawa kepada perhubungan lebih mesra.
• Mengkaji dan memahami bagaimana orang itu berfikir berdasarkan latar belakangnya.
• Menyenaraikan pilihan atau alternatif yang dijangkasesuai dengan matlamat orang itu.


Dalam berunding, Trump adalah orang yang boleh menerima kritikan. Katanya, “Saya menerima kritikan.
Saya mendengar kritikan negatif, saya juga mendengar kata-kata positif. Namun apa sahaja
kritikan negatif terhadap diri, bisnes atau pekerjaan, saya tidak mempedulikannya.”
Mendapat kritikan daripada orang yang tidak berapa senang dengan kita adalah lumrah kehidupan.
Namun penulis melihat kritikan itu sebagai ‘teguran’ daripada Allah SWT. Allah mahu kita perbaiki
kualiti produk dan perkhidmatan kita.


Selain itu, perkara penting yang boleh kita pelajari daripada Trump ialah bagaimana mengendalikan
kritikan. Trump menyarankan kita supaya melontar mereka sebutir senyuman paling menawan,
apabila dikritik. Doakan kebaikan kepada mereka yang mengkritik mereka.
Ujar Trump melalui buku Why We Want You to Be Rich: Two Men, One Message, “Kita ciptakan bagi
melakukan kesilapan. Namun kita boleh belajar dari kesilapan.”


Jadi selepas ini elakkan menjadi jururunding yang biasa-biasa sahaja. Kita sebenarnya boleh menjadi
jururunding yang luar biasa. Tip dan teknik yang Trump cadangkan di atas dapat menjadikan kita jururunding bisnes yang berpengaruh - sehebat Donald Trump. Bagi bacaan lanjut, dapatkan buku
Pengaruh Gaya Trump (http://facebook.com/pengaruhtrump)




dipetik darpada : Majalah niaga


Diolah oleh : empunya blog

0 comments

Post a Comment

klik la bawah ni.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...