kongsi idea. Powered by Blogger.

post baru

Labels

Followers

Total Pageviews

Friday, October 7, 2011

Bajet 2012

1. Peneroka FELDA akan terima ‘durian runtuh’
Peneroka FELDA akan terima “durian runtuh” yang mana jumlahnya jumlahnya akan diumumkan sebelum penyenaraian dilakukan,
2. Duti import, eksais kereta hibrid, elektrik dilanjut sehingga 2013
Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.
3. Najib umum peruntukan RM420 juta bangun Langkawi
Pelan Induk Lima Tahun Pembangunan Pelancongan Langkawi akan dilancarkan dengan peruntukan pembangunan RM420 juta bagi memesatkan lagi industri pelancongan negara.
3. RM5 bilion tingkat infrastruktur asas luar bandar
Kerajaan mengumumkan peruntukan RM5 bilion untuk pembangunan infrastruktur asas luar bandar, termasuk RM1.8 bilion untuk Jalan Luar Bandar dan Jalan Perhubungan Desa.
4. Kenaikan tahunan gaji penjawat awam RM80-RM320
Mulai tahun depan, kenaikan gaji tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred.
5. Pesara kerajaan nikmati kenaikan pencen 2 peratus setahun
Seramai 600,000 pesara kerajaan akan mendapat kenaikan pencen pesara sebanyak dua peratus setahun, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
6. Had maksimum Skim Rumah Pertamaku, RM400,000
Bagi Skim Rumah Pertamaku, had maksimum harga rumah akan dinaikkan kepada RM400,000 daripada RM220,000, kata Datuk Seri Najib Razak.
7. Subsidi, insentif kerajaan RM33.2 bilion akan diteruskan
Datuk Seri Najib Razak berkata, segala subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM33.2 bilion akan diteruskan demi semangat “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.
8. Bekas anggota, balu zaman darurat terima RM3,000
Bagi mengenang jasa polis khas dan polis tambahan pada zaman darurat, kerajaan akan memberi insentif RM3,000 kepada setiap bekas anggota polis, duda dan balu.
9. Yuran pendidikan Sekolah rendah, menengah dimansuh
Buat pertama kalinya, kerajaan akan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan mulai tahun depan.
10. 50 klinik 1Malaysia bakal dibina
Kerajaan akan membina lebih banyak hospital dan menaik taraf hospital sedia ada disamping menambahbaikan 81 klinik kesihatan luar bandar sedia ada serta membuka 50 klinik 1Malaysia
11. Umur persaraan wajib dilanjut kepada 60 tahun
Umur persaraan wajib penjawat awam akan dilanjutkan daripada 58 tahun kepada 60 tahun bagi mengoptimumkan sumbangan mereka.
12. Warga emas dikecualikan caj pendaftaran hospital
Warga emas berusia 60 tahun ke atas dikecualikan caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital dan klinik kesihatan, kata Datuk Seri Najib Razak.
13. Bantuan persekolahan RM100 sekolah rendah, menengah
Bantuan persekolahan RM100 akan diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara mulai tahun depan
14. Tambahan bonus setengah bulan gaji untuk penjawat awam
Kakitangan kerajaan akan mendapat tambahan bonus setengah bulan gaji manakala pesara kerajaan akan menerima bayaran bantuan RM500.
15. Elaun baru Ahli Parlimen Januari 2012
Ahli Parlimen akan diberi elaun baru bermula 1 Januari 2012 selepas jumlahnya dipersetujui semua pihak
(rujukan Berita Harian Online)

0 comments

Post a Comment

klik la bawah ni.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...