kongsi idea. Powered by Blogger.

post baru

Labels

Followers

Total Pageviews

Friday, October 7, 2011

Laman Sosial Farah Fauzana Digodam

“Kalau dia seorang hamba Allah yang baik, dia tak akan menyusahkan orang lain,” kata penyampai radio popular Hot FM, Farah Fauzana selepas beberapa maklumat peribadinya didedahkan di laman web apabila e-mel dan akaun laman sosialnya digodam hujung bulan lalu.
Farah Fauzana atau nama sebenar, Farah Fauzana Mohd Fadzil berkata, laman sosialnya pernah digodam beberapa kali sebelum ini tetapi tidak seteruk apa yang berlaku sekarang.

“Saya sedar mengenai perkara ini semasa melayari twitter pada 23 September lalu selain turut mendapati akaun facebook (FB) dan e-mel turut diceroboh.
“Selain itu, banyak maklumat peribadi saya dan rakan penyampai lain turut dimuat turun penggodam itu tanpa memikirkan kesannya kepada kami,” katanya yang ditemui di Sri Pentas, di sini, semalam.

Selain Farah Fauzana, tiga lagi penyampai radio terkenal Hot FM iaitu Kieran (Mas Kiran Jakiran), AG (Muhammad Azmir Selamat) dan Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid (Aleya) menerima nasib sama sehinggakan pelbagai maklumat peribadi mereka didedahkan.

Penggodam yang menggunakan nama Jar Jar Binks itu menceroboh laman sosial milik mereka seperti twitter dan facebook sehingga mengelirukan peminat penyampai radio berkenaan.
Nombor telefon beberapa lagi penyampai radio stesen itu termasuk artis turut didedahkan malah beberapa blogger berkaitan dunia hiburan menyiarkan maklumat berkenaan di laman blog mereka.

Farah Fauzana berkata, penggodam itu tidak sepatutnya melakukan perbuatan yang tidak bertanggungjawab sehingga menyusahkan orang.
“Perbuatan itu mengganggu kerja kami, selepas ini kami terpaksa merehatkan sementara waktu beberapa akaun laman sosial akibat pencerobohan itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Radio Media Prima Berhad, Seelan Paul berkata, pihaknya sudah membuat laporan polis berhubung kejadian pencerobohan itu.

“Saya sangat kesal kerana butiran diri penyampai radio seperti nombor telefon, alamat dan salinan kad pengenalan didedahkan sedangkan ia sangat sensitif serta boleh memberi kesan tidak diingini kepada mereka.

“Saya tidak tahu siapa penggodam itu tetapi apabila dia mendedahkan butiran peribadi, ia bukan perkara main-main dan kami sangat memandang serius perbuatannya itu,” katanya.

Mymetro

0 comments

Post a Comment

klik la bawah ni.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...