kongsi idea. Powered by Blogger.

post baru

Labels

Followers

Total Pageviews

Saturday, October 8, 2011

Wang Hilang, Sekolah Paksa Pelajar Tanggal Pakaian


Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Mexico menyiasat sebuah sekolah rendah yang memaksa murid gred enam menanggalkan pakaian selepas wang sebanyak AS$13 (RM42) hilang.
Suruhanjaya itu melakukan siasatan ekoran aduan ibu bapa dan laporansuruhanjaya hak asasi manusia negeri di Michoacan.
Suruhanjaya kebangsaan berkata dalam satu kenyataan, semalam, pengetua dan guru sebuah sekolah di La Piedad mengarahkan murid menanggalkan pakaian pada 23 September lalu ketika mereka mencari wang yang hilang di dalam kelas. Suruhanjaya berkenaan menghantar kakitangan mereka bagi menyoal siasat murid dan pihak berkuasa tempatan.
Panggilan telefon ke sekolah terbabit bagi mendapatkan ulasan mengenai insiden itu, bagaimanapun, tidak dijawab. – AP


http://bryannemo.com

0 comments

Post a Comment

klik la bawah ni.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...