kongsi idea. Powered by Blogger.

post baru

Labels

Followers

Total Pageviews

Thursday, October 20, 2011

Kenapa Wanita Saja SEring Dikaitkan Buang Bayi


 “Di mana kaum lelaki setiap kali kes pembuangan bayi berlaku kerana hanya wanita saja yang dikenakan tindakan sedangkan kedua-duanya menyebabkan kesalahan itu.
“Kita tidak boleh biar perkara ini berlaku sebab kalau tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Lelaki atau wanita yang bertanggungjawab atas pembunuhan kejam ini mesti dihadapkan ke mahkamah,” kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil.


Beliau mengulas mengenai kejadian pembunuhan kejam terhadap seorang bayi perempuan dekat Betong, Sarawak semalam yang dipercayai menjadi mangsa kelar oleh ibunya sebaik dilahirkan di sebuah asrama sekolah di situ.
Pelajar berkenaan yang berusia 16 tahun bertindak mengelar bayinya sehingga mati dan perut terburai dengan pisau pemotong sayur.


Shahrizat berkata, kaum lelaki yang terbabit dengan kerja (pembuangan bayi) itu perlu dihadapkan ke mahkamah serta hukuman setimpal harus dilaksanakan terhadap jenayah yang dilakukan.


“Tindakan harus dikenakan bagi memastikan pembelaan sewajarnya diberikan kepada keluarga terbabit yang terpaksa menanggung tekanan emosi.

“Perkara ini tidak boleh dibiarkan dan saya meminta polis segera menjalankan siasatan mencari bapa kepada anak tidak berdosa itu,” katanya dalam majlis rakaman perutusan sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia di, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN), di sini, semalam.malam.

Kira-kira 70 kanak-kanak dari Taska Permata Timang, Prasekolah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Wilayah Persekutuan dan Taska Sri Cahaya turut diraikan.
Mengulas lanjut, Shahrizat berkata, beliau mahu semua masyarakat mengambil tahu akan kesan daripada perbuatan terbabit kerana jenayah seperti itu amat kejam dan memalukan kaum keluarga terutama ibu bapa.

mymetro

0 comments

Post a Comment

klik la bawah ni.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...