kongsi idea. Powered by Blogger.

post baru

Labels

Followers

Total Pageviews

Tuesday, March 15, 2011

Adakah Ibu Bapa Punca Zina?

Zina semakin hari semakin menjadi trend. Di mana lokasi asalkan ada sedikit kesesuaian, pasangan akan melepaskan segala rindu dendam. Mereka tidak malu lagi mempersembahkan aksi mereka. Saranan agar kerajaan meyekat akses laman lucah di sokong semua pihak. Akan tetapi bagaimana akses aksi percuma di tepi jalan ? budak-budak kecil pening kenapa mereka nampak rakus. Bagaimana nak menjawab. “abah, mereka buat apa tu’ sambil tangan menunjukkan pasangan couple di tamanKeadaan ini hampir berlaku di kota. Siapa yang harus dipersalahkan?
Banyak sebab sebenarnya. Namun,penulis mahu menulis tentang sikap ibu bapa juga mengundang punca zina di kalangan muda mudi. Jika kita sering membelek helaian harian metro. Setiap kali buka, mesti cerita tentang pasangan terlanjur. Mereka mahu mengelak dengan perkahwinan, tetapi menghadapi tentangan ibu bapa. Tiada tentangan yang paling menyampah melainkan meletakkan hantaran kahwin yang melampau tinggi. Macam la anak gadis dia tu baik sangat nak letak mahal-mahal. Maaf jika terkasar. Tapi itulah yang berlaku dalam masyaratkat. RM 10 ribu paling minimum belanjan kahwin sekarang. Kalau anak tak tak kahwin-kahwin, bising pulak. Bila nak kahwin, bising jugak. Anak yang nak kahwin atau ibu bapa. Kamu ingat perkahwinan anak satu perniagaan ke?
Ekoran dari masalah begini, ramai anak –anak terus rosak. mereka melepaskan geram mereka dengan prinsip “alang-alang, buat je la’. RM 10 ribu bukan sedikit. Rata-rata anak mudi baru mula bekerja. Paling kurang 3 tahun kumpul duit sebanyak tu. Ibu bapa sarankan “nak kahwin, kumpul harta banyak-banyak lu, baru kahwin’. Dalam tempoh demikian, pelbagai gaya aksi telah berlaku. Pasangan bagai suami isteri, mana boleh berpisah. rindu pasti mencengkam…
Penulis sedar, banyak lagi faktor yang membawa kerosakan sosial sekarang. Namun, ibu bapa juga harus sedar bahawa mereka juga penyumbang kes zina..

0 comments

Post a Comment

klik la bawah ni.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...