kongsi idea. Powered by Blogger.

post baru

Labels

Followers

Total Pageviews

Wednesday, March 16, 2011

Kenali Harga Kereta Import

kat sini aku nak cerita sikit kat korang tentang duti import  kenderaan luar negara kat korang..
bagi sesiapa yang ingin kan pakai kerata mewah bacalah..


Kereta import (sama ada baru atau terpakai) dikenakan duti import dan cukai jualan di bawah Perintah Duti Kastam Malaysia 1996 dan nilai duti tersebut dikira berdasarkan nilai transaksi. Berikut adalah kadar duti yang dikenakan atas kereta (menggunakan petroleum) yang diimport:
KapasitiDuti ImportCukai Jualan
Tidak melebihi 1,000 cc140%10%
Melebihi 1,000 cc tetapi tidak melebihi 1,500 cc140%10%
Melebihi 1,500 cc tetapi tidak melebihi 1,800 cc140%10%
Melebihi 1,800 cc tetapi tidak melebihi 2,000 cc170%10%
Melebihi 2,000 cc tetapi tidak melebihi 2,500 cc200%10%
Melebihi 2,500 cc tetapi tidak melebihi 3,000 cc250%10%
Melebihi 3,000 cc300%10%



ni adalah harga asal sesebuah kenderaan sebelum dikenakan duti import ( cukai ).






































          

Selain itu, pengimportan kereta memerlukan permit import yang perlu dimohon daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) sebelum pengimportan dibuat di mana beberapa syarat dikenakan.
Berkuatkuasa mulai dari 18 September 2000, kriteria yang diperlukan bagi mendapat pertimbangan lesen import (AP) untuk membawa masuk kenderaan persendirian untuk rakyat Malaysia yang bekerja atau belajar diluar negara adalah seperti berikut:-
  • Pemohon berada diluar negara secara sah bagi tempoh tidak kurang 1 tahun;
  • Kereta mesti didaftarkan atas nama pemohon sekurang-kurangnya 9 bulan di luar negara;
  • Perlindungan insuran atas nama pemohon sekurang-kurangnya 9 bulan di luar negara;
  • Mempunyai lesen memandu yang sah (lesen percubaan tidak digunapakai); dan
  • Kembali ke Malaysia secara tetap setelah tamat tempoh belajar/bekerja di luar negara.
Anda boleh memohon permit dengan melengkapkan borang J.K. 69. Borang tersebut boleh dibeli daripada kedai buku utama atau Percetakan Nasional Malaysia Berhad*, Kuala Lumpur atau mana-mana cawangannya. Borang permohonan yang telah lengkap diisi bersama dengan dokumen-dokumen sokongan berkaitan (salinan asal dan fotokopi) seperti Pasport Antarabangsa, Kad Pendaftaran Kenderaan, Polisi Insuran, dokumen eksport, dan sebagainya mesti diserahkan dengan tangan kepada pihak MITI.
Untuk maklumat lanjut berhubung permohonan di atas, sila hubungi:-

Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI),
Tingkat Bawah, Blok 10,
Kompleks Pejabat-pejabat Kerajaan,
Jalan Duta, 50622 Kuala Lumpur

Tel : 603-651-6022 / 603-651-0033 / 603-651-8044
Fax : 603-651-3012
Website: http://www.miti.gov.my/

sesiapa yang ingin rasa untuk membeli kereta import dan ingin melihat harganya boleh link nie http://www.carlist.my


kesimpulannya anda boleh buat kira - kira sendiri la yer...
aku harap korang boleh share la info nie..

Diolah Oleh  :  Uda@abd rahman

0 comments

Post a Comment

klik la bawah ni.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...