kongsi idea. Powered by Blogger.

post baru

Labels

Followers

Total Pageviews

Sunday, March 13, 2011

KESAN MAKSIAT



Maksiat mempunyai kesan-kesan yang buruk lagi keji serta memudaratkan hati dan badan di dunia dan di akhirat. Tiada siapa yang mengetahui sejauhmana kesannya melainkan Allah SWT.




1.Terhalang dari ilmu.


Ilmu adalah cahaya yang dilontarkan oleh Allah di dalam hati manusia, sementara maksiat akan memadamkan cahaya tersebut.
Pada suatu masa ketika Imam As-Syafie duduk serta membaca di hadapan Imam Malik, Imam Malik kagum melihat kebijaksanaan, kecerdikan dan kefahaman yang terdapat pada Imam Asy-Syafie. Beliau pun  berkata; “Sesungguhnya aku telah melihat Allah melontarkan ke dalam hati kamu cahaya, maka janganlah kamu memadamnya dengan kegelapan maksiat”.
Imam Asy-Syafie pernah menceritakan;
AKu telah mengadu kepada Waki’ tentang kelemahan hafalanku, lalu beliau menasihatku agar meninggalkan maksiat. Katanya; ketahuilah bahawa ilmu itu adalah kurniaan, kurniaan itu tidak diberikan kepada pelaku maksiat.


2.Terhalang Dari Rezeki


Tersebut di dalam kitab Al-Musnad; “Sesungguhnya manusia terhalang dari rezeki lantaran dari rezeki lantaran doa yang dilakukannya”. Sedangkan ketaqwaan mendatangkan kemiskinan. Cara untuk mendapatkan rezeki ialah dengan meninggalkan maksiat.


3.Merasa Jauh dari Allah


Merasa berjauhan dari Allah di dalam hati pelaku maksiat, sama sekali tidak mendatangkan kenikmatan dan kesenangan. Jikalau kelazatan dunia dihimpunkan keseluruhannya, ia tetap tidak akan dapat terlepas dari hubungan yang buruk itu. Perkara ini tidak akan dirasakan melainkan oleh manusia yang hidup hatinya. Kelukaan tidak memberi sebarang kesakitan kepada hati yang telah mati.
Seorang lelaki telah mengadu kepada seorang arif tentang rasa kesunyiaan yang terdapat di dalam hatinya. Lalu dikatakan kepadanya; Jikalau kamu dijauhkan oleh dosa, maka tinggalkannya jika kamu mahu menjadi dekat.



4.Merasa Terpinggir Dari Manusia

Merasa terpinggir dari manusia terutama dari orang-orang yang baik di kalangan mereka. Dia akan merasa terpisah dengan mereka. Apabila kejauhan tersebut bertambah, dia akan menjauhi majlis-majlis mereka, tidak mahu mengambil faedah dari mereka serta mendekatkan diri dengan kumpulan Syaitan mengikut kadart kejauhan yang dirasakannya.
Perasaan ini akan semakin kuat sehingga ia menekan. Lalu dia juga merasakan kebencian terhadap anak isterinya serta kaum kerabatnya, malah terhadap dirinya yang sebenar. Seorang salaf pernah berkata; “Jika aku melakukan maksiat kepada Allah akan terlihat kesannya kepada kenderaan dan isteriku”.
5.Urusan Menjadi Sulit
Melakukan maksiat boleh menyebabkan rasa kesulitan. Apabila dia menghadapi susah dan sukar. Sementara orang yang bertaqwa kepada Allah, Allah akan permudahkan kepadanya segala urusan. Orang yang tidak bertaqwa maka urusannya menjadi sukar.
Demi Allah sungguh menakjubkan. Bagaimana seseorang manusia mendapati pintu-pintu kebaikan dan kemaslahatan tertutup sedangkan jalannya amat mudah baginya. DIa tidak mengetahui dari mana datangnya kesukaran tersebut?
Saya hanya mendatangkan 5 point penting sahaja di sini daripada 23 kesan maksiat.
Berdasarkan 5 kesan di atas, marilah kita sama-sama bermuhasabah.
Adakah ia telah atau sedang berlaku dalam diri kita?
Anda semestinya tahu situasi diri anda sekarang.


  ANDA PATUT BERSYUKUR ANDA MASIH DIBERI PELUANG.
\


Diolah Oleh : uda@abd rahman

1 comments

Unknown March 28, 2011 at 1:43 AM

pekongsian anda amat menarik dan menberi kesedaran kpda sya...thanks sahabat...

Post a Comment

klik la bawah ni.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...