Maksiat mempunyai kesan-kesan yang buruk lagi keji serta memudaratkan hati dan badan di dunia dan di akhirat. Tiada siapa yang mengetahui sejauhmana kesannya melainkan Allah SWT.
1.Terhalang dari ilmu.
Pada suatu masa ketika Imam As-Syafie duduk serta membaca di hadapan Imam Malik, Imam Malik kagum melihat kebijaksanaan, kecerdikan dan kefahaman yang terdapat pada Imam Asy-Syafie. Beliau pun berkata; “Sesungguhnya aku telah melihat Allah melontarkan ke dalam hati kamu cahaya, maka janganlah kamu memadamnya dengan kegelapan maksiat”.
Imam Asy-Syafie pernah menceritakan;
AKu telah mengadu kepada Waki’ tentang kelemahan hafalanku, lalu beliau menasihatku agar meninggalkan maksiat. Katanya; ketahuilah bahawa ilmu itu adalah kurniaan, kurniaan itu tidak diberikan kepada pelaku maksiat.
2.Terhalang Dari Rezeki
Tersebut di dalam kitab Al-Musnad; “Sesungguhnya manusia terhalang dari rezeki lantaran dari rezeki lantaran doa yang dilakukannya”. Sedangkan ketaqwaan mendatangkan kemiskinan. Cara untuk mendapatkan rezeki ialah dengan meninggalkan maksiat.
3.Merasa Jauh dari Allah
Seorang lelaki telah mengadu kepada seorang arif tentang rasa kesunyiaan yang terdapat di dalam hatinya. Lalu dikatakan kepadanya; Jikalau kamu dijauhkan oleh dosa, maka tinggalkannya jika kamu mahu menjadi dekat.
4.Merasa Terpinggir Dari Manusia
Perasaan ini akan semakin kuat sehingga ia menekan. Lalu dia juga merasakan kebencian terhadap anak isterinya serta kaum kerabatnya, malah terhadap dirinya yang sebenar. Seorang salaf pernah berkata; “Jika aku melakukan maksiat kepada Allah akan terlihat kesannya kepada kenderaan dan isteriku”.
Melakukan maksiat boleh menyebabkan rasa kesulitan. Apabila dia menghadapi susah dan sukar. Sementara orang yang bertaqwa kepada Allah, Allah akan permudahkan kepadanya segala urusan. Orang yang tidak bertaqwa maka urusannya menjadi sukar.
Demi Allah sungguh menakjubkan. Bagaimana seseorang manusia mendapati pintu-pintu kebaikan dan kemaslahatan tertutup sedangkan jalannya amat mudah baginya. DIa tidak mengetahui dari mana datangnya kesukaran tersebut?
Saya hanya mendatangkan 5 point penting sahaja di sini daripada 23 kesan maksiat.
Berdasarkan 5 kesan di atas, marilah kita sama-sama bermuhasabah.
Adakah ia telah atau sedang berlaku dalam diri kita?
Anda semestinya tahu situasi diri anda sekarang.
ANDA PATUT BERSYUKUR ANDA MASIH DIBERI PELUANG.
\
Diolah Oleh : uda@abd rahman
1 comments
pekongsian anda amat menarik dan menberi kesedaran kpda sya...thanks sahabat...
Post a Comment