kongsi idea. Powered by Blogger.

post baru

Labels

Followers

Total Pageviews

Sunday, March 13, 2011

KENAPA HUTANG?


Kami bukan along, kami mahu tolong ma!!





Salam semua. Hari ini ingin membicarakan tentang hutang.
Kenapa orang berhutang?
Seringkali orang suka berhutang, sebabnya ingin membuka perniagaan, membayar yuran pengrajian anak-anak, nak beli kenderaan, beli rumah dan juga ingin menambaik-baik dalam menaik-taraf perniagaan.
Ingin menunjuk-nunjuk kepada rakan, keluarga , dan masyarakat.
Keinginan dalam hati ini selalu membuak-buak untuk membuat yang terbaik, kadang-kadang sangat terasa bila tengok jiran/orang lain mampu beli kereta yang mewah dan mahal. Hal inilah yang memnyebabkan orang mula berjinak dengan hutang. Seharusnya kita bersyukur dengan apa yang ada. Kita perlu tengok orang yang lebih bernasib kurang baik. Sebagai contoh, aku ada kereta, tapi tengok orang tuh Kereta Ferrari, seharusnya kita berfikir bersyukur sebab ada juga kenderaan sendir berbanding kawan aku, pakai motor je.
Hal ini jelas kita tahu riba itu haram, dengan kadar faedah yang sangat melampau-lampau. Sehinggakan 300% pun ada.
Memang banyak kesannya apabila berhutang dengan Along.
Kadar bunga/faedah yang terlalu tinggi. Ini memang kena tanggung risiko sebagai orang yang meminjam dengan along. Memang tidak dinafikan, pinjaman yang dibuat itu akan dapat dengan segera, tapi ingat, kesannya bukan sehari dua!
Kehidupan keluarga tidak tenteram/aman, ancaman dari Along. Hal ini memang sudah jelas kalau kita melihat suratkhabar, berita di televisyen, mengenai Along, tetak sana-tetak sini. (menakutkan betul lah).
Hutang makin bertambah. Sudahla kena bayar kereta, rumah, bil air, letrik bulan-bulan, tambah lagi dengan hutang along, memang cari penyakit lah jawabnya.
Pewaris terpaksa membayar hutang. Point yang ini lebih kepada kesan berhutang, namun diingatkan bahawa sekiranya orang yang meminjam meniggal dunia, maka pewaris terpaksa sambung untuk membayar baki  hutangnya. Sepatutnya mewarisi harta, tetapi mewarisi hutang pulak!.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud :-
Ertinya : ” Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)” ( Riwayat Muslim, 6/38)
Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali. Sebagaimana Sabda Nabi SAW yang bermaksud :
Ertinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya” ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )
Kesimpulan.
Jangan sesekali, berjinak-jinak untuk bermula untuk berhutang sekiranya kita  masih mampu, lupakan sahaja jika ingin menunjuk-nunjuk. Namun sekiranya kita sangat terdesak, usahakan untuk meminjam dari sahbat handai, ataupun dari keluarga selain dari Along. Carilah sumber-sumber yang boleh dipercayai untuk meminjam ini.
Sekiranya anda ada pendapat lain, ataupun pengalaman meminjam dengan along, kongsikan bersama kami diruangan komen ini

0 comments

Post a Comment

klik la bawah ni.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...