kongsi idea. Powered by Blogger.

post baru

Labels

Followers

Total Pageviews

Tuesday, March 15, 2011

12 GOLONGAN PADA HARI KIAMAT ( hari penyelesaian )

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Jika datang hari kiamat, hari kerugian atau hari penyelesaian, maka umatku akan dihalau oleh Allah SWT dari kubur mereka menjadi 12 golongan.”
Golongan Pertama
Mereka dihalau dari kubur mereka dengan tidak bertangan dan berkaki. Kemudian mereka dipanggil ke hadapan Allah. Mereka ini ialah terdiri dari orang-orang yang menyakiti jiran tetangga dan mati sebelum bertaubat. Itulah balasan mereka dan tempat kembali mereka ialah neraka.
Golongan Kedua
Mereka yang dibangkitkan dari kubur dengan rupa binatang atau berupa babi. Dihadapkan ke hadapan Allah untuk pengadilan. Mereka yang seumpama ini ialah orang-orang yang memudahkan dengan memandang ringan atas tuntuan fardhu solat dan mati sebelum bertaubat. Itulah balasannya dan mereka kembali ke neraka.
Golongan Ketiga
Mereka yang dibangkitkan dari kubur dengan perut yang membesar dipenuhi ular dan kala jengking dan dipanggil ke neraca keadilan di hadapan Allah. Merekalah orang-orang yang tidak mahu membayar zakat dan mati sebelum bertaubat.
Golongan Keempat
Mereka yang dibangkitkan dengan keadaan darah yang mengalir dari mulutnya. Isi perutnya terburai di samping api yang bernyala-nyala dari mulut mereka bersama darah yang mengalir. Itulah orang-orang yang berdusta dan melakukan penipuan dalam perniagaan dan mati sebelum bertaubat.
Golongan Kelima
Mereka yang dibangkitkan dari kubur dalam keadaan busuk daripada bangkai baunya. Dibawa ke muka pengadilan Allah dalam keadaan demikian. Mereka ini terdiri daripada orang-orang yang cuba merahsiakan kemaksiatan dan kejahatan yang mereka lakukan seolah-olah Allah tidak mengetahuinya.
Golongan Keenam
Mereka yang dibangkitkan dari kubur dalam keadaan leher yang terputus-putus. Mereka adalah orang-orang yang menjadi saksi palsu dan pendusta yang mati sebelum bertaubat.
Golongan Ketujuh
Mereka yang dibangkitkan dari kubur dengan tidak berlidah, mulut mereka mengalir darah dan nanah. Mereka ialah orang-orang yang mencegah orang lain dari memperkatakan dan membuat kesaksian terhadap sesuatu keburukan. Mereka mati sebelum bertaubat.
Golongan Kelapan
Mereka yang dibangkitkan dari kubur dalam keadaan berpusing balik dengan kaki ke atas sementara pada faraj mereka pula keluar nanah yang panas mendidih. Mereka ialah orang-orang yang berzina.
Golongan Kesembilan
Mereka yang dibangkitkan dalam rupa paras yang hitam pekat dan matanya tertonjol keluar dengan perut berisi api. Mereka ialah orang-orang yang memakan harta anak yatim dan mati sebelum bertaubat.
Golongan Kesepuluh
Mereka yang dibangkitkan dengan badan yang berbelang-belang dan berkuda. Mereka itulah orang yang menyakiti kedua ibu bapa mereka dan mati sebelum bertaubat.
Golongan Kesebelas
Mereka yang dibangkitkan dari kubur dengan keadaan buruk rupanya, bergigi besar, bibir terkeluar paras dada, lidah mereka terkeluar dan perut mereka membuncit paras paha dan dihadapkan kepada Allah dengan paras yang buruk dan keji. Mereka ialah orang-orang yang minum arak dan mati sebelum bertaubat.
Golongan Kedua belas
Mereka yang dibangkitkan dalam keadaan wajah berseri-seri, melintasi siratulmustaqim dengan secepat kilat. Mereka inilah orang-orang yang mengerjakan amal soleh, melarang melakukan kemaksiatan, menunaikan solat lima waktu dan mereka mati dalam keadaan bertaubat. Balasan mereka adalah syurga dengan keampunan dan rahmat Allah serta kekal di dalamnya.
Golongan manakah kita berada..
RENUNGKAN,FIKIRKAN.......
Dipetik dari : An- Nasihah
Diolah Oleh  : uda@abd rahman

0 comments

Post a Comment

klik la bawah ni.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...